
Sulit
3 tahun
Mengandung 3 bulan 2 minggu. tapi mahu menggugurkan janin tp tidak mampu utk ke klinik swasta
saya 27 tahun kandungan ke 5 . semasa kandungan ke 4 saya mengalami tumpah darah 2 litrre dan di saran dokto utk tidak bersalin lagi dlam 5 tahun. tp saya mrngandung semula sekarang usia kandungan 3 bulan 3 minggu. saya bibung kerana tidak ada duit utk membuang nya. suami juga tidak bekrja sejal 3 minggu lalu jd adakah ubt nya utk gugirkan janin dan boleh kah saya tahu masih boleh di buangkah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pengguguran kandungan tanpa sebab adalah salah dan tidak dibenarkan. Oleh itu, sekiranya kandungan anda pada kehamilan kali ini adalah berisiko, doktor yang merawat anda akan membuat keputusan sekiranya perkara ini perlu dilakukan. Pengambilan sebarang ubat tanpa doktor menetapkan juga amat berbahaya.
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut, sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor agar pemeriksaan lanjut dan nasihat boleh diberikan.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila kilk pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar.