
Anonymous
5 tahun
Mengandung 36 minggu
Sya berumur 31 tahun. Menghadapai kencing manis semasa hamil dan sedang on insulin. Adakah suntikan insulin ini ada kesan sampingan kpd bayi.? Dan adakah semestinya kandungan 38 minggu baru boleh melahirkan. Sebb skarang sya merasa sangat x selesa she, kerana berat semakin bertambah dan rasa bagai nak lumpuh, kerana skit pada bahagian bawah Dan pinggang Dan celah paha…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan insulin yang terkawal tidak memberikan kesan negatif kepada kandungan kerana insulin itu sendiri tidak dapat masuk kedalam janin. Kesan gula dalam darah yang tinggi adalah lebih bahaya kepada kandungan anda dan pengambilan dos insulin yang cukup diperlukan agar tiada komplikasi kepada tumbesaran janin anda. Tempoh usia melahirkan bayi pada 38 minggu adalah tempoh yang dianggap cukup matang bagi bayi agar kurang komplikasi namun tempoh tersebut boleh dipercepatkan atau dilambatkan berdasarkan status kesihatan janin atau anda.
Kesakitan pada bahagian pinggang dan bawah perut serta masalah kencing adalah antara masalah yang kerap dialami apabila usia kandungan meningkat dan sekiranya perkara ini memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.