Sulit
2 tahun
Mengandung Anak Pertama 16 minggu Keluar warna coklat
Hai doktor…doktor saya perlu keterangan jelas…saya berumur 22 tahun saya mengandung anak pertama kandungan saya sudah 16 weeks tapi boleh saya tahu kenapa ya keluar berwarna coklat sekali lendir kadang-kadang sahaja akan keluar…saya sudah berjumpa dengan doktor…tapi setelah jumpa dalam 1minggu akan keluar balik…
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kekhuatiran anda berkenaan pengeluaran lendir yang berwarna coklat, lebih-lebih lagi ketika umur kehamilan telah mencapai 16 minggu.
Untuk makluman anda, gejala pendarahan yang jelas atau tidak sewaktu kehamilan haruslah segera dirujuk kepada doktor. Hal ini adalah kerana bagi mengelakkan kemungkinan yang menjejaskan kandungan dan keadaan anda, sekiranya berlaku dapat dirawat dengan segera.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.