
Sulit
5 tahun
Mengandung atau Covid?
Hello Doktor, saya 32 tahun dan sedang mengandung anak sulung (28weeks / 7bulan). Sejak petang semalam saya tiba-tiba rasa sukar bernafas, hidung seperti tersumbat tapi kering & tak berair. Dan tengahari ni mula rasa perit tekak tapi belum batuk.
Adakah ini normal untuk wanita mengandung trimester ketiga seperti saya atau sebaiknya saya dapatkan rawatan lanjut?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ketika baring setelah kandungan hampir mencapai 9 bulan merupakan gejala yang sering dialami kerana janin dalam rahim menolak paru-paru ibu. Selain itu, masalah ini boleh juga disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.