
Anonymous
6 tahun
Mengandung atau hormon
Sy bru khwin pd 6/2 n period last sy 17/2. Bln 3 sy xdtg period. 30/3 sy jumpa doktor n buat UPT tp negative. Sy pelik sb sy mcm ad tnda2 mengandung mcm cpt letih…mual… Prut rsa kejang. Tp doktor ckp hormon atau tlalu awl utk detect. N doktor ckp klo bleeding prgi hospital. Lps jmp doktor esk tu 1/4 sy klua drh. Ms sy kncing die klua stitik dua tp warna coklat. Pastu xklua dh. N mlm bru klua byk tp warna coklat. Pastu esk drh dh kering. Sy keliru ap yg dh jdi sebenarnya. Please advice

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!