
Sulit
5 tahun
Mengandung atau tak saya keliru, boleh bantu saya?
minggu lepas saya check dan doktor sahkan positif tapi line kabur. semalam sehingga harini saya keluar darah seperti period biasa. adakah saya mengandung atau tak ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan yang samar-samar dan tidak konsisten ini boleh disebabkan:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya pendarahan ketika hamil antaranya ialah:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tisu endometrium
keguguran jika darah banyak berketul anda mengalami sakit senggugut
kehamilan luar rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.