
Sulit
3 tahun
Mengandung atau tak
Hi doc, saya keliru. Kali terakhir saya dan suami bersama adalah pada 8/3 iaitu dua hari selepas hari ovulasi saya dan kami tidak bersama lagi sehingga kini kerana PKP memandangkan kami duduk berjauhan. Kemudian selepas 2 minggu, haid saya datang seperti biasa disertai dengan senggugut dan heavy flow.
Bulan seterusnya iaitu april, saya juga didatangi haid seperti biasa, begitu juga pada bulan May. Ketiga tiga period saya heavy flow.
Saya juga sering buat UPT untuk memastikan yang saya tidak hamil. Sepanjang 3 bulan saya buat UPT, kesemuanya negatif.
Untuk bulan June, period saya delay 2 hari. Dan saya masih keliru, bolehkah saya hamil hasil dari hubungan terakhir saya bersama suami iaitu pada 8/3? Kerana saya ada baca, wanita hamil juga boleh keluar darah haid seperti biasa semasa sedang hamil.
Apa pandangan doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kekeliruan anda samada boleh hamil atau tidak selepas didatangi haid.
Untuk pengetahuan anda, sekiranya haid telah datang lebih-lebih lagi jika lebih daripada sekali, ia menjadi petunjuk yang jelas bahawa anda tidak hamil. Tambahan lagi alat ujian kehamilan juga memberikan keputusan yang negatif.
Haid lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi