
Sulit
5 tahun
Mengandung atau tak?
Saya wanita berumur 20an. Sudah berkahwin selama 1 tahun. Saya nak penerangan doktor tentang masalah saya. Pada 26 bulan 8, saya pergi klinik kesihatan ibu dan anak untuk menghadiri temujanji. Sebelum saya dirujuk ke doktor, jururawat meminta saya untuk buat ujian kehamilan kerana saya sudah 2 bulan tidak haid dan keputusannya adalah positif 2 line. Jururawat menasihatkan saya pulang dan ulang semula ujian kehamilan ketika dirumah memandangkan dia kata tak perlu jumpa doktor dahulu. Oleh kerana teruja, saya pun telah membeli 2 ujian dari watson untuk mengulang semula dan hasilnya negatif. Sebelum itu, pada 20HB 8 saya ada buat scan dekat klinik swasta dan doktor cakap rahim saya sgt kecil. Saya bingung saya mengandung atau tak? Ada kemungkinan tak untuk saya mengandung?
Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan ujian air kencing yang tidak konsisten yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- Jika pernah berlaku pendarahan - kemungkinan keguguran
Anda dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan doktor semula bagi pengesahan kehamilan bagi memastikan ianya bena-benar kehamilan dan langkah-langkah seterusnya untuk diambil. Sekian.