
Sulit
4 tahun
Mengandung ataupun tidak
Saya wanita berusia 26tahun. Semalam saya dan suami melakukan hubungan intim. Dan sya belom bersedia untuk ada anak. Suami telah mengeluarkan sedikit sahaja sperma kedalam vagina sya , adakah sye akan hamil? Last period sye pada 25/9. Plss help me

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat ubat pil perancang kecemasan yang boleh diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks. Levonorgestrel ialah ubat yang digunakan sebagai pil perancang kecemasan. Pil perancang ini mampu untuk menghalang kehamilan berlaku.
Namun saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan langkah seterusnya dalam menangani hal ini. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi