
Sulit
4 tahun
Mengandung berapa minggu
Saya baru saja disahkan mengandung pada 27/12/2020… Haritu saya scan dr tersebut beritahu saya kandungan saya berusia 2 minggu… Tapi dalam kiraan saya, saya first day last period 27/11/2020… Bermaksud harini sudah 5 minggu… Saya keliru dgn kiraan dr tersebut… Betul ke apa yg saya kira?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, terdapat 3 cara untuk menghitung usia kehamilan, iaitu:
- kaedah kalender- Kaedah Naegele’s merupakan rumus menghitung usia kehamilan dalam kebidanan. Selain dari menghitung usia janin di dalam kandungan, kaedah ini juga digunakkan untuk menghitung hari perkiraan lahir ( due date ).
- imbasan ultrasound- Ini adalah kaedah yang lebih tepat dan cara menghitung usia kehamilan jika lupa hpht (hari pertama haid terakhir). Selain itu ianya juga cara menghitung usia kehamilan jika haid tidak teratur. Sekiranya imbasan ini dilakukan sebelum 20 minggu, ianya adalah lebih tepat berbanding kaedah kalendar. Terdapat dua cara imbasan iaitu melalui transvaginal atau transabdominal.
- melalui ketinggian puncak rahim- Kaedah ini digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan janin semasa kehamilan. Ianya sering digunakan oleh jururawat atau doktor bagi meganggar usia janin semasa pemeriksaan abdomen. Perut akan disukat dari bahagian atas rahim ibu hingga ke atas simfisis kemaluan. Setiap satu cm mewakili 1 minggu.
Anda boleh baca lebih lanjut di sini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih