
Anonymous
5 tahun
Mengandung dan Seksual
Saya wanita 30 an. Baru ini sy mengadakan hubungan seks dgn suami sy pd hari 18. Dan tidak dtg haid. Kitaran sy adalah 28. Apa yg sy check, agak mustahil untuk sy hamil pada hari tersebut kerana telah melepasi fasa subur. Adakah mungkin sy mengandung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.