
Sulit
4 tahun
Mengandung dengan GDM bolehkah makan peria katak goreng setiap minggu?
Doctor, bolehkah ibu mengandung makan peria katak goreng kunyit setiap minggu untuk menurunkan GDM? Apakah cadangan diet utk ibu GDM? Adakah bacaan 8.1 slps 2 jam minum air gula di kira sangat tinggi? Saya tgk beras faiza herba poni rendah GI dan baik utk diabetis. Adakah beras ini bagus atau beras perang lebih bagus? Diharap doc dpt membantu diet saya…tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Namun berdasarkan kajian semasa, beras perang sememangnya lebih direkomendasikan berbanding beras putih untuk mereka yang mengalami diabetes (atas pengawasan doktor).
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa peria katak dan beras perang mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor kehamilan secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.