
fatin9125
5 tahun
Mengandung kerap kencing
Saya hamil 14 minggu, saya makan durian sebiji semalam dan saya malam semalam juga asyik terkencing dengan kerap. Adakah kehamilan saya bermasalah? Saya makan sejak kebelakangan Ini tapi saya minum air selepas itu. Air mineral.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap kencing boleh berlaku kerana:
- Kehamilan - semakin kehamilan membesar, semakin ia menekan pada pundi kencing dan menyebabkan kekerapan kencing
- Jangkitan saluran air kencing
- Kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Kesan ubat-ubatan dan juga mungkin makanan (durian)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.