Sulit
3 tahun
Mengandung makan ubat
Sy mengandung 5 minggu sebelum cek upt sy ada makan ubat turun darah dari kedai cina…saya risaw kandungan saya… Ada tak apa2 ifek dari ubat tu…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Tetapi disebabkan kekurangan maklumat kami tidak dapat memberikan kesimpulan tentang ubat yang anda ambil. Jika ubat tersebut tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ia boleh mendatangkan kemudaratan pada anda dan bayi dalam kandungan. Malah beberapa ubat tidak sesuai untuk digunakan untuk ibu mengandung. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan yang sepatutnya untuk masalah anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.