
Sulit
4 tahun
Mengandung selepas keguguran, walaupun tidak bersama suami
Hai doctor, saya mengandung tanpa sedar. Dan saya keguguran, sebelum saya tahu saya keguguran. saya mengalami sakit belakang hingga ke tulang punggung dan perut saya kram yang sangat sakit. Seminggu sebelum saya rasa badan lemah dan selelau penat, saya buat test dan test negative. Mula saya ingat saya datang bulan, tapi darah ketul yang keluar tidak seperti darah normal dan bau nya tak seperti darah period biasa saya. persoalan saya boleh ke saya mengandung walaupun saya tak bersama dengan suami selepas keguguran? Sebab saya masih rasa mual mual dan lemah badan selepas keguguran.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada anda atas keguguran yang berlaku.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, kebiasaannya setelah keguguran berlaku, gejala kehamilan masih boleh berlaku akibat perubahan hormon di dalam badan. Namun, menjawab soalan anda peluang untuk menimang cahaya mata jika tidak bersama adalah mustahil.
Selain gejala sakit badan, darah dan susu badan juga boleh keluar akibat perubahan hormon yang berlaku. Anda tidak perlu risau kerana gejala ini akan beransur pulih.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila jangan bertangguh untuk berjumpa Doktor di hospital atau klinik:
- Pendarahan yang banyak dan berterusan (darah di seluruh kain sarung atau berdarah memenuhi satu pada setiap dua jam)
- Sakit yang luar biasa
- Demam
- Pening kepala berterusan
- Pucat
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor yang merawat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.