
Sulit
4 tahun
Mengandung tapi belum bersedia
Hai doktor, sya berusia 28 thun dan sya telah lewat period selama 4 hari… Sya ada buat ujian upt dan hasilnya positive… Tpi sya dan suami belom bersedia memandangkan ank kmi yg kedua bru berusia 11 bulan dan perlu ke hospital dengan kerap atas faktor masalah kesihatan…sya perlukan pendapat doktor… Utk pengetahuan doktor sya ada membeli ubat lancarkan period dari farmasi…sekiranya sya makan ada kemungkinan kah period sya akan trun dan sya akan keguguran… Dan skianya tidak keguguran apakah ubat tersebut memberi kesan pada kandungan sya… Sekian terima kasih dan diharapkan doktor dapat membantu sya(memang belum bersedia utk mengandung lagi?)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ubat untuk lancarkan haid tergolong daripada kategori pil perancang yang mengandungi hormon. Ibu mengandung tidak seharusnya mengambil pil perancang. Ia tidak menyebabkan keguguran namun terdapat risiko kecacatan kepada bayi jika ia diambil sewaktu hamil. Anda tidak dinasihatkan untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan atas nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Anda mungkin tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan namun pihak hospital boleh mencari jalan untuk membantu anda.
Untuk mengetahui rawatan masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.