
nurnasrinadlin66
5 tahun
Mengandung tapi keluar sedikit darah berwarna coklat
saya pregnant dah 7 minggu tapi sejak 2 hari ni keluar darah berwarna coklat .simpton pregnant mcm mual dan payudara sensitif juga dah tak terasa .tapi saya jugak mengalami demam yg berlarutan tapi tak begitu panas dan batuk.adakah normal rasa mcm tuu doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan kecoklatan yang sedikit iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda kerap mengalami keadaan ini, adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.