Sulit

3 tahun

Mengandung tetapi keluar darah macam haid

Assalamualaikum doktor… saya nak kepastian sama ada mengandung @ tidak … 3hari lepas saya telah membuat pregnancy test dan hasilnya postif… hampir setiap hari saya buat dan saya juga sudah pergi ke klinik… doktor mengesahkan saya hamil tetapi kandungan masih awal lagi sebab tidak nampak… tetapi harini 15/1/2021 tiba-tiba keluar darah seperti darah haid… kalau ikutkan 14/1/2021 tarikh saya datang period tetapi tidak datang… darah keluar sikit2 bukan macam period betul… Saya membuat pregnancy test sekali lagi dan hasilnya positif juga… Jadi saya nak tanya pendapat doktor saya mempunyai masalah apa? Adakah ini bahaya? Kalau betul saya mengandung saya harap kandungan saya tidak ada apa2…

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk maklumat anda, gejala yang anda alami tersebut merupakan spotting di mana anda mengalami pendarahan di antara dua waktu haid. Antara sebab mengapa anda mengalami spotting adalah seperti berikut:

  • Kehamilan
  • Keguguran
  • Polip atau fibroid rahim
  • Endometriosis atau adenomyosis
  • Penggunaan ubat cair darah
  • Masalah sistem pembekuan darah

Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.

Anda masih risau tentang pendarahan yang anda alami? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Selain dari itu, keputusan kit UPT yang positif juga bukan bermakna seseorang wanita itu hamil, ia boleh memberi beberapa klu ataupun bacaan false positive. Kit UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positif. Antara sebab keputusan kit UPT positif adalah:

  • Kehamilan (dalam atau luar rahim)
  • Kehamilan anggur
  • Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
  • Ubat-ubatan (sesetengah ubatan dapat meningkatkan hormon hCG)
  • Sista ovari (ovarian cyst)

Oleh itu kami sarankan anda berjumpa dengan doktor supaya pengesahan dapat dibuat anda melaporkan tentang pendarahan tersebut kepada doktor anda supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan kepada anda.

Sekiranya anda memerlukan pencerahan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.

blood%20spot_AdobeStock_99708090

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)