
Yani
6 tahun
Mengapa kemaluan saya timbul biji
selamat sejahtera doktor… saya ingin bertanya… kenapakah di kemaluan saya timbul biji apabila dia pecah dia mengeluarkan air… adakah ini satu punca penyakit kelamin ?

6 tahun
Selamat pagi, terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, salah satu jangkitan kelamin yang boleh menimbulkan simtom tersebut adalah jangkitan herpes. Penyakit ini merupakan salah satu penyakit kelamin yang merebak melalui hubungan seksual kerana ia hidup di dalam cecair badan seperti air mani, cairan faraj dan air liur. Jangkitan herpes pada kemaluan boleh disebabkan oleh dua jenis virus herpes bernama herpes simplex-1 dan herpes simplex-2. Herpes simplex-1 adalah virus yang sering mengakibatkan ulser pada mulut, namun begitu mereka yang melakukan seks secara oral boleh memindahkan virus ini pada kemaluan dan menyebabkan simtom yang sama pada bahagian tersebut.
Seseorang yang dijangkiti akan mendapat simtom-simtom seperti berikut:
- Timbul biji atau benjolan kecil mengandungi cecair pada mana-mana bahagian badan yang terkena virus ini terutamanya mulut dan kemaluan.
- Merasa gatal atau pedih pada bahagian yang dijangkiti sebelum munculnya benjolan kecil ini
- Benjolan kecil ini kemudiannya akan pecah dan mengeluarkan cecair di dalamnya
- Benjolan yang pecah kemudiannya akan mongering seperti kudis nipis dalam masa seminggu
- Kalenjar limfa boleh menjadi bengkak
- Sakit kepala
- Sengal badan
- Demam
Anda dinasihatkan untuk bertemu doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan bagi masalah ini.

6 tahun
Hai, selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.
Antara simpton penyakit STD ialah
- Gatal dan sakit faraj ketika kencing dan melakukan seks
- Keluar cecair atau tompokan
- Faraj/zakar bernanah dan timbul biji
- Sakit sistemik seperti demam dan penat berlebihan
Antara contoh penyakit STD ialah sifilis, herpes, HPV, gonorea dan bermacam lagi.
Herpes adalah disebabkan oleh virus herpes simplex. Terdapat dua jenis virus ini iaitu HSV-1 dan HSV-2. HSV-1 kebiasaanya menyebabkan ulser di bahagian mulut dan gusi manakala HSV-2 menyebabkan ulser dan biji-biji merah yang kecil di Kawasan alat kelamin.
Simptom di alat kelamin biasanya kelihatan 4-7 hari selepas terdedah kepada individu yang telah dijangkiti
- Di kawasan alat kelamin – sakit ketika kencing dan seks, gatal, biji merah kecil, cecair keluar
- Sistemik – demam, sakit kepala, sakit abdomen, sakit otot
- Penyakit sembuh dalam tempoh 2-4 minggu
Terdapat ujian di klinik STD yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti dignosis yang betul dan tepat. Anda juga boleh mendapatkan rawatan yang sesuai termasuklah ubat dan nasihat untuk mengelakkan jangkitan STD pada masa hadapan. Anda juga perlu membawa pasangan anda untuk melakukan ujian saringan walaupun pasangan tidak mempunyai sebarang simptom.

6 tahun
Selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda. Untuk menjawab soalan anda,
bonjolan kecil pada bahagian kemaluan menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami jangkitan kelamin. Saya akan menjelaskan tentang jangkitan herpes. Herpes simplex virus, juga dikenali sebagai HSV, adalah jangkitan yang menyebabkan herpes dan ia boleh muncul di pelbagai bahagian badan, yang paling biasa pada alat kelamin atau mulut.
Terdapat dua jenis virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan jangkitan pada mulut dan alat kelamin. HSV-1, juga dikenali sebagai herpes mulut yang boleh menyebabkan luka sejuk dan lepuh demam di sekitar mulut dan di muka. HSV-2, secara amnya bertanggungjawab terhadap wabak herpes genital. Ulser di dalam mulut atau kemaluan, kesakitan semasa mengencing (herpes genital), gatal-gatal, demam, sakit kepala, keletihan dan kurang selera adalah tanda-tanda jangkitan herpes.
Sila dapatkan pemeriksaan di klinik agar anda dapat dirawat.