
dalilarizqiqa2811
5 tahun
Mengapa mata anak melekit dan sedikit berbau?
Anak saya berumur 2tahun 3bulan.anak saya mengalami tahi mata yg melekit dan sedikit berbau ketika tidur pd waktu malam sahaja.kenapa ye?perlu ke saya mendapat kan rawatan pada masa ini?kerana pada masa sekarang tgh wabak virus covid19.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tahi mata tersebut merupakan perkara yang normal. Sekiranya mata anak anda merah atau anak anda selalu menggosok matanya, ini boleh disebabkan oleh jangkitan mata.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.