
diana080934
5 tahun
Mengekakkan kehamilan Yang tidak dijangka
Sy terlepas makan ubat pil pera cang PD bulan nie. Sekarang sy lmbat datang period… Sy x nk mengandung… Sebab sy pn baru LPs bersalin… Usia baby 1thn5bln… Sekirangnya sy hamil… Ada x Cara,atau ubat untuk sy elakkn terus mngandung… Sy nk jarakkn kehamilan… Sy memang x nk mengandung buat masa INI… Tolong… Ada x ubat untuk sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.
Terlebih dahulu, anda perlu membuat pemeriksaan kehamilan di klinik atau hospital berdekatan untuk memastikan keadaan anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kandungan seterusnya.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda atau ingin tahu mengenai kaedah kontrasepsi yang paling sesuai untuk anda sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih