
Sulit
4 tahun
Mengelupas di kemaluan
Saya remaja mengalami masalah mengelupas dan berasa gatal² di kemaluan sejak minggu ini,bagaimana saya mahu menyelasaikan masalah ini?adakah ia akan menjejaskan saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD) - Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan konsultasi dengan lebih lanjut. Maklumat tambahan serta pemeriksaan perlu dilakukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.