
Sulit
4 tahun
Mengenai beberapa artikel yang saya baca sebelum ni. Saya rasa saya mempunyai masalah Lipoma pada bahagian punggung kanan dan ciri2 nya sama ada pada saya skrg
Jadi, apakah tindakan susulan yang saya perlu ambil ?
Bolehkah melakukan pemeriksaan di mana2 hospital kerajaan atau ada klinik khas ?
Dan berapa kos yg perlu saya tanggung untuk pembedahan membuang Lipoma ini ?
Terima kasih.
En Azhari, 24 thn.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah lipoma boleh dirawat dengan pembedahan dan buang. Jika ianya kecil, hanya bius setempat dan pembedahan kecil perlu dilakukan tetapi jika ianya besar, bius penuh perlu dilakukan untuk pembedahan. Anda boleh ke klinik jika saiznya kecil dan anda juga boleh hadir ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Kos untuk rawatan adalah bergantung kepada hospital atau klinik yang anda pergi. Namun begitu, hal ini adalah jika anda pasti yang ketulan itu ialah lipoma kerana terdapat pelbagai punca lain kepada benjolan di kulit seperti:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah benjolan di permukaan kulit merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar kulit atau dermatologist mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini.