
Sulit
3 tahun
Mengenai HIV kepada seseorang itu
Saya berusia 22 tahun. Dr izinkan saya bertanya. Jangka masa bila kita dapat mengenalpasti tindakbalas hiv dalam badan seseorang tu Dr? Adakah seseorang itu lambat atau cepat terkena jangkitan HIV ? Dr manakah ujian yang paling tepat untuk mengetahui hiv ? RTK atau Ujian antibodi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami akan cuba menjelaskan mengenai penyakit HIV.
Untuk makluman anda, HIV adalah salah satu daripada virus yang biasanya merebak melalui cecair badan seperti darah, ‘semen’ atau susu ibu. HIV tidak akan merebak melalui sentuhan air liur. Sekiranya seseorang dijangkiti virus ini, mereka boleh mendapat gejala awal dalam 2 hingga 6 minggu selepas jangkitan. Gejala yang sering dikaitkan dengan jangkitan virus ini adalah :
- Demam menggigil
- Ruam
- Berpeluh di waktu malam
- Lenguh badan
- Sakit tekak
- Kepenatan atau lesu
- Noda limfa bengkak
- Ulser mulut
Namun, gejala-gejala ini juga boleh disebabkan oleh masalah lain dan bukannya jangkitan HIV sahaja. Sekiranya jangkitan HIV tidak dirawat seawal mungkin, individu tersebut boleh mendapat penyakit AIDS.
Terdapat banyak ujian untuk mengesan virus HIV. Ujian boleh dilakukan mengikut bilangan hari selepas jangkitan.
- Rapid test kit - Ia adalah cara ujian yang pantas yang mengambil masa 30 minit.
- Ujian darah - Sekiranya ujian rapid test menunjukkan keputusan positif, anda dikehendaki untuk menjalani ujian darah untuk mengesan antibodi HIV. Namun, ujian ini hanya boleh dilakukan antara 3-6 minggu selepas jangkitan HIV.
Untuk mengetahui ujian HIV yang paling sesuai untuk anda, sila rujuk kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda bimbang tentang Penyakit Kelamin / STD ?