
Sulit
5 tahun
Mengenai pancut awal
Saya lelaki berumur 22 tahun.saya mempunyai ketagihan beronani dan ia telah beri kesan buruk pada saya.saya akan berejakulasi kurang dari 1 minit dan kadang kala kemaluan saya akan merasa sakit.persoalan saya,apakah rawatan terbaik untuk masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, tabiat onani boleh menyebabkan kecederaan kepada zakar sekiranya dilakukan dengan cara yang tidak betul. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesan kepada psikologi anda seterusnya menyebabkan masalah seperti kesakitan, pendarahan atau ejakulasi pramatang.
Bagi mengatasi masalah anda, anda dinasihatkan untuk berhenti daripada melakukan tabiat ini serta mendapatkan perkhidmatan kaunseling bagi membantu anda menangani ketagihan. Anda juga disarankan untuk merujuk kepada doktor bagi mendapatkan kepastian tentang gejala yang anda alami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.