
Sulit
4 tahun
Mengenai Pasti UPT result
Hello Doctor,
UPT akan beri result dalam masa 5 minit.
UPT yang pertama saya lakukan result tidak keluar seperti yang dinyatakan dan saya simpan UPT tersebut. Selepas 24jam saya check semula UPT tadi, ia keluar double line dan tidak jelas.
Saya cuba ulangi UPT kedua dan ianya sama seperti UPT pertama.
Adakah UPT itu valid?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.