
Sulit
3 tahun
Mengenai suntikan vaksin covid 19
Parents saya baru lepas kuarantin 14 hari… adakah parents sy perlu tunggu 2 bulan lagi baru boleh suntik vaksin covid 19. Sy pernah dengar pesakit yang pernah positive perlu kan masa selama 2 bulan baru boleh mengambil suntikkan vaksin covid19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai pengambilan vaksin COVID-19 untuk kedua ibu bapa anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, mereka yang telah sembuh dari jangkitan virus (atau khususnya COVID-19) secara automatik telah mempunyai kekebalan terhadap strain virus COVID-19 tersebut. Maka dengan itu, anda (secara teori) telahpun bebas dari jangkitan dan tidak lagi dapat menjangkiti orang lain. Sila hubungi doktor anda untuk mendapatkan kepastian.
Walau bagaimanapun, berdasarkan informasi terkini, sememangnya terdapat beberapa kes dimana berlakunya fenomena reinfeksi atau jangkitan semula COVID-19 pada bekas pesakit yang telah sembuh. Walaupun mekanisme tentang reinfeksi itu tidak terlalu jelas, kemungkinan besar ia disebabkan oleh penularan dari orang lain yang terkontaminasi dengan virus COVID-19 atau kontak rapat kepada pesakit positif yang lain.
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini