
Sulit
5 tahun
Mengenai Tumor Otak
Hello dan salam Doc. Saya mempunyai seorang sepupu yang menghidapi tumor otak tahap 1. Sudah berkali-kali saya memberitahunya untuk pergi berjumpa dengan doktor dan menjalani sesi kemoterapi. Tetapi, dia bimbang sekiranya sesi kenoterapi akan membuatkan rambutnya hilang dan menjejaskan kecantikannya. Jadi, sejak hari tu dia guna alternatif lain iaitu mengamalkan minum kopi herba yang bernama CEO Coffee 3 in 1 (http://www.shuanghor.com.my/shweb_my/beverage_details.jsp?product=CEO3). Persoalan saya, adakah ianya selamat untuk mengamalkan minum kopi herba ini? Jika ianya memberi kesan yang buruk, adakah ia boleh menyebabkan tumor dalam otak semakin membesar? Seterusnya, apakah diet yang disarankan untuk individu yang menghidapi tumor otak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya sepupu anda sudah mendapat diagnosis mengenai ketumbuhan tumor didalam otak, sepupu anda disarankan untuk menjalani rawatan yang dicadangkan pihak hospital. Rawatan ketumbuhan mauhupun kanser otak adalah berdasarkan jenis, saiz dan tahap merebak kanser tersebut. Pada masa kini tiada herba mahupun pemakanan yang benar-benar berkesan dalam merawat kanser. Penggunaan produk diatas adalah sama sekali tidak dicadangkan kerana ia tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh membahayakan lagi kesihatan si pengguna. Mengenai diet pula ia bergantung kepada jenis ubat yang akan diberikan kerana sesetengah makanan akan mempunyai interaksi bersama ubat yang dimakan. Akhir kata, sepupu anda perlu merujuk dengan pihak hospital akan rawatan yang terbaik baginya dan jika ditangguhkan rawatan berkemungkinan akan membahayakan nyawanya sendiri. Sekian.