
Anonymous
5 tahun
Mengenai usia pesakit asma
Saya wanita dalam usia 20an. Saya sering mengalami sukar untuk bernafas dan jantung berdebar debar seolah olah rasa sempit tidak kira masa sama ada pada waktu siang dan malam dalam tempoh sebulan dalam dua atau tiga kali atau lebih. Tetapi nafas saya tidak ada berbunyi. Saya tinggal berhampiran dengan kawasan perindustrian. Dan saya mengalami sakit kepala.
Datuk dan adik saya pernah mempunyai penyakit asma ketika kanak-kanak. Kebiasaan asma terjadi pada usia kanak kanak. Jadi, adakah saya boleh mengalami penyakit tersebut ketika remaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Faktor-faktor untuk mendapat asma ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:
- Jangkitan pernafasan dan selsema
- Pendedahan kepada asap rokok
- Jika ahli keluarga mempunyai penyakit asma
- Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
- Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
- Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
- Tekanan (stress)
- Latihan (senaman)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.