
mahzirzeema
5 tahun
Mengenali bawang putih
Doctor betul ke bawang putih boleh meningkatkan antibodi… Dan betul ke bawang putih juga boleh membunuh bakteria dan virus dalam badan kita…? Selain bawang putih mknan semulajadi apa yg bole meningkatkan antibodi kita.? Adakah antibodi kurang boleh menyebabkan kita kena serangan jantung darah tinggi kencing manis…tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Mengenai bawang putih, ianya sememangnya dibuktikan mempunyai pelbagai khasiat kepada tubuh badan seperti meningkatkan keupayaan melawan kuman dan kesan terhadap kencing manis. Namun bukti yang kukuh mengenai cara penggunaan dalam badan manusia tidak dapat dihuraikan buat masa kini kerana kekurangan kajian. Kebanyakkan makanan yang tidak berproses yakni yang semula jadi jika dimasak dengan cara yang betul mempunyai khasiatnya tersendiri seperti sayuran dan rempah ratus. Oleh itu, untuk mengekalkan tubuh yang sihat pemakanan seimbang dan terkawal dapat mengurangkan risiko-risiko penyakit kronik.
Mengenai soalan kedua, kekurangan antibodi tidak akan menyebabkan penyakit yang anda sebutkan kerana mekanisme penyakit tersebut adalah berbeza. Sebaliknya, jika badan terkurang antibodi, mereka mudah dijangkiti kuman dan kemungkinan menghidap kanser juga kerana tiada antibodi yang dapat melawan sel-sel kanser. Sekian.