
Anonymous
4 tahun
Mengenalpasti waktu subur
saya sedang cuba untuk hamil. selalunya period cycle saya 28 hari.cuma untuk ambil kiraan cycle, kiraan bermula apa hari pertama period (spotting ) atau kiraan diambil apabila hari heavy flow bermula?? saya bertanya untuk memeudahkan saya track waktu subur saya menggunakan aplikasi. memandangkan saya dan suami tidak tingal bersama …
terima kasih doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke 12 hingga hari ke 14 daripada hari pertama haidbagi sesiapa yang mempunyai kitaran haid selama 28 hari. Untuk mengetahui waktu subur anda beberapa soalan seperti corak kitaran haid dan sebagainya harus ditanyakan untuk membuat kesimpulan tentang waktu subur dan nasihat doktor diperlukan.
Terdapat juga beberapa cara untuk mengenal pasti Tarikh subur iaitu:
- Mengunakan perhitungan hari secara manual
- Penghasilan keputihan yang banyak pada waktu kesuburan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.