
Sulit
4 tahun
Mengesahkan kehamilan dan mengesahkan keguguran
Salam, saya berusia 23 tahun dan sudah berkahwin baru 3 bulan, saya ingin hamil, tetapi saya ada masalah period yg tidak teratur, contohnya saya berkahwin pada 26 december 2020, dan terakhir saya dtg haid pada bulan november 2020. Selepas berkahwin saya telah dtg haid pada bulan januari 2021 dan kemudian tidak dtg sehinggalah bulan march . saya ada apps period trackers dan menunjukkan saya telah delay selama 21 hari , 3 hari lepas saya buat upt test dan naik double line tapi test line sangat samar, saya ulang buat upt test selama 3 hari berturut turut dan tetap dapat result double line dan satunya adalah line yg samar. Bagi meyakinkan lagi saya telah menggunakan upt test clear blue dan ya +ve, saya terus ke klinik dan buat scan, tetapi belum nampak apa2 lagi. Jika diikutkan usia kandungan adalah 8weeks ikut kiraan terakhir tarikh haid , tapi disebabkan period tak teratur berkemungkinan usia kandungan masih baru lagi( kata doktor yg merawat ). Keesokkanya iaitu pada harini ( 24 march 2020 ) saya telah turun darah seperti darah period, dan rasa cramping pada bahagian ari2 dan pinggang seperti sakit senggugut yg keras dan sakit sangat . warna darah adalah merah terang dan heavy flow . adakah saya dikira keguguran? Dan perlukah saya pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, terdapat kemungkinan bagi pendarahan yang berlaku ketika awal kehamilan. Antaranya:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal. Ia biasanya menghasilkan darah yang sangat minimum, tetapi sering berlaku pada hari yang sama dengan tempoh haid anda. Ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu keliru sama ada ia disebabkan oleh darah haid atau kehamilan.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen. Janin sememangnya masih dalam rahim, tetapi status kehamilan anda masih dalam persoalan. Ini mungkin berlaku jika anda mempunyai jangkitan seperti jangkitan salur kencing, dehidrasi, memakan ubat tertentu atau kecederaan fizikal.
- Keguguran tidak lengkap: Anda mungkin mengalami keguguran jenis ini jika pemeriksaan pelvis menunjukkan serviks anda terbuka dan anda masih mengalami pendarahan, pengeluaran darah beku atau tisu-tisu.
- Ovum yang hancur: Ia berlaku apabila ultrasound menunjukkan bukti bagi kehamilan di dalam rahim, tetapi embrio telah gagal untuk terbentuk di lokasi yang betul.
- Kematian janin di dalam rahim: Ini berlaku jika bayi yang terbentuk di dalam rahim telah mati.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
- Kehamilan molar: Hasil ultrasound anda mungkin menunjukkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim dan bukannya janin yang sedang membesar.
- Pendarahan postkoital adalah pendarahan vagina selepas hubungan kelamin. Ia adalah normal semasa kehamilan.
- Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh punca-punca yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Sebagai contoh, trauma atau koyakan di dinding faraj, dan beberapa jenis jangkitan boleh menyebabkan pendarahan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik berdekatan
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan