
Sulit
4 tahun
Mengetahui cara untuk hilangkan kuda serta syabu dalam air kencing. Saya memerlukan pihak pakar untuk memastikan setiap kali ujian , saya lulus serta boleh bekerja macam biasa
Saya seorang penagih dadah pertengahan. Setiap 3@4 hari sekali saya akan mengambilnya untuk menghilangkan gian. Pengambilan pula, dengan mencampur pil kuda serta syabu.
Soalan saya, macam mana untuk menghilangkan kesan dadah ini didalam air kencing semasa ujian diAadk serta balai? Dan persediaan untuk saya hadapi semua ini.Mohon bantuan tolong*, saya tak sanggup kehilangan kerja serta tinggal dalm penjara dalam tempoh yang lama. Saya sangup buat apa saja dalam tempoh 2 tahun ini. Tolong*.
Saya pun tengah dalam proses untuk berhenti dan memulakan kehidupan baru.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pengambilan shabu adalah dilarang disisi undang-undang dan juga boleh membahayakan kesihatan am anda. Kami nasihatkan anda agar menghentikan pengambilan shabu dengan mengambil rawatan rehabilitasi dan juga mendapatkan kaunseling.
Terdapat tiada cara untuk mempercepatkan penapisan bahan shabu dalam badan (darah dan melalui air kencing). Namun, anda boleh mencuba untuk tunggu selama 3/4 hari sehingga dadah tersebut hilang dalam sistem badan secara kesulurahan dan juga pada masa yang sama, berhenti mengambil bahan tersebut.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk mendapatkan penerangan dan nasihat selanjutnya. Terima kasih