
Anonymous
2 tahun
Menggelakkan kehamilan
Sy wanita dalam 20an baru sahaja mengambil postinor 2. Sy sedang mengalami selesma, adakah tu akan mempengaruhi postinor utk tidak berkesan? dan bilakah sy boleh mengambil pil lain seperti ubat selesma setelah mngambil pil postinor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, ubat-ubat yang akan menganggu fungsi postinor-2 tablets adalah seperti:
Obat-obatan yang digunakan untuk merawat epilepsi (contohnya, barbiturat, primidon, phenytoin, dan carbamazepine).
Ubat-ubatan digunakan untuk merawat tuberkulosis (contohnya, rifampisin, rifabutin).
Rawatan untuk jangkitan HIV (ritonavir).
Ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat (griseofulvin).
Rawatan herba yang mengandungi wort St John (Hypericum perforatum)
Ubat selesema tidak akan menganggu fungsi postinor-2 tablets dan anda boleh mengambil ubat selesema berdasarkan keadaan anda.
Untuk mendapatkan infomasi dan konsultasi yang selanjutnya mengenai isu ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.