
Sulit
5 tahun
Menggigil Dan hilang keseimbangan
Selamat Sejahtera doktor…2 hari lepas ibu saya berasa sejuk, menggigil dan demam kuat…deman dia sudah surut sekarang tetapi masih menggigil Dan hilang keseimbangan untuk bangun dari katil untuk duduk ataupun berdiri yang menyebabkan kerumitan membawa dia ke hospital…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman atau virus
- Sepsis (Jangkitan yang bersebar melalui saluran darah)
- Hypotensi (Tekanan rendah yang rendah)
Namun, keterangan anda tidak mencukupi bagi pihak kami untuk memahami situasi dengan keseluruhan. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.