
Sulit
4 tahun
Menghadapi gastrik pada usia 11 tahun, akan merasa sakit pada bahagian perut yang amat pedih
Saya remaja perempuan berusia 16 tahun, saya menghadapi masalah gastrik pada usia 11 hingga kini… Saya akan berasa sakit, pedih dibahagian perut setiap hari… Akan ada masa dimana saya merasakan tulang rusuk saya disambar oleh satu kesakitan seperti renjatan elektrik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- Diverticulitis (radang pada kantung usus)
- Gastrik
- Usus tersumbat
- Jangkitan kuman dan bakteria
- Masalah batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.