
Anonymous
2 tahun
Menghidapi HSV 1 tahin lebih
Saya wanita umur 27… Menghidapi HSV 1 tahun lebih… Saya teringin Nk baby lg… Tapi says takut anak sya akan terkena virus INI… Ada Cara perubatan Yang sesuai utuk melahirkan tanpa virus tetsebut…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Herpes genital ialah penyait kelamin yang mudah berjangkit melalui hubungan seks. Ia disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Virus ini menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Selepas berjangkit, virus akan kekal di dalam tubuh, sekiranya virus aktif ia akan menjangkiti pasangan anda, jika tidak aktif, ia akan ‘tidur’ dalam badan anda. Selain melalui hubungan seks, virus ini juga boleh berjangkit dari ibu ke anak dalam kandungan.
Doktor akan memberi anda ubat antivirus. Pengambilan ubat antivirus juga akan mengurangkan risiko jangkitan kepada pasangan anda, oleh itu adalah lebih baik jika anda menghabiskan ubat antivirus.
Amalkan seks selamat iaitu dengan pasangan sah. Lebih baik jika anda tunggu sehingga ruam sembuh sepenuhnya sebelum memulakan hubungan seks kerana ia akan menjangkiti pasangan anda sekiranya virus sedang aktif, seperti adanya tanda blister. Penggunaan kondom getah juga akan mengurangkan risiko merebakkan jangkitan pada pasangan. Anda juga harus memberitahu pasangan anda jika menghidap jangkitan ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.