
Sulit
4 tahun
Menghisap vape org ke hiv
Maaf, saya ingin bertanya seandainya saya menghisap vape org yg ada jangkitan hiv, perlukah saya buat ujian saringan hiv di hospital atau klinik. Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, kebanyakan orang mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik. Jangkitan HIV tidak boleh merebak dalam air liur, air mata, air kencing dan peluh. Oleh yang demikian, jangkitan itu tidak menular dalam situasi sebegitu, dan tidak perlu untuk membuat ujian saringan.
Untuk info mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih bimbang tentang penyakit HIV? Dapatkan kepastian dengan mudah