Sulit
6 tahun
Mengidap kanser testis
Utk makluman doktor, testis sebelah kanan telah dibuang dan menjalani kemoterapi. Doktor PPUM mengesahkan testis sebelah kiri tidak berfungsi setelah menjalani ujian darah hormon. Adakah masih ada peluang untuk mendapatkan zuriat sendiri?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, ketidaksuburan terdapat banyak penyebabnya.
Sekiranya penyebab utama ketidaksuburan wanita adalah kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur, penyebab ketidaksuburan pada lelaki yang paling sering adalah masalah pada testis. Hal ini kerana fungsi testis yang terganggu mempengaruhi bagaimana sperma dibuat atau bagaimana ia berfungsi.
Faktor lain yang boleh mempengaruhi ketidaksuburan pada lelaki adalah penyumbatan tiub yang membawa sperma dari testis mungkin menyebabkan kemandulan.
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi untuk merancang kehamilan. Kerana kesuburan dan peluang untuk hamil ditentukan oleh banyak faktor, adalah digalakkan untuk anda bertemu dengan pakar fertiliti agar masalah anda dapat dicari tahu punca penyebab dan diatasi selagi boleh. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

































