
Sulit
4 tahun
Menjerit Waktu Tidur @ Night terrors
Sejak beberapa tahun ini saya dapati saya akan menjerit sewaktu tidur (kawan-kawan yang beritahu) sebab saya sendiri tidak sedar. Dan jeritan ini berlanjutan untuk beberapa minit lamanya. Saya juga pernah cuba untuk mengingati apa yang saya mimpikan pada malam tersebut - walaupun sebenarnya tiada apa mimpi ngeri dan saya pun tak ingat apa yang diimpikan. Selain itu, kawan-kawan pun pernah beritahu waktu tidur saya selalu keluarkan bunyi-bunyian pelik. Saya belum pernah mendapat rawatan sebelum, jadi saya mahu apakah ada rawatan atau ubatan untuk ini. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah menjerit atau bercakap ketika tidur dikenali sebagai parasomnia. Parasomnia merujuk kepada perbuatan atau kelakuan seseorang ketika tidur. Ia boleh disebabkan pelbagai kondisi contohnya:
- Masalah genetik
- Sleep apnea
- Masalah otak
- Pengunaan ubat
Oleh itu, harus diketahui terlebih dahulu punca kepada masalah anda sebelum rawatan boleh diberikan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.