
Sulit
5 tahun
Menses tidak teratur
assalamualaikum doktor,saya mengelami tidak menses selama 5 bulan? saya sudah berkahwin baru selama setahun 4bulan lebih,apa kah penyebabnya saya tidak menses? dan masa ini payudara saya sblh kiri terasa sakit di bhagian siring ada kah itu sakit payudara atau sakit dada ?
terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari atau kista dalam ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala gejala sakit pada dada/payudara anda memerlukan maklumat tambahan kerana terdapat sangat banyak punca sakit dada/payudara yang memerlukan penilaian teliti. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.