
Sulit
4 tahun
Menstruasi, keputihan dan period yang tak lancar dan juga ingin tahu apa punca yang sebenar
Saya perempuan berumur 21 tahun…saya ingin bertanyakan tentang haid saya…saya datang haid bulan puasa ni 10 hari and last day haid saya betul bersih is on 4hb May selasa minggu lepas tapi tiba tiba 8hb May sabtu datang balik comes with lendir coklat2 merah sikit and takde rasa gatal2 or sakit pon kat ari ari or faraj jadi saya agak nervous kerana sebelum ni tak pernah terjadi macam ni kepada saya doktor… Bleh saya tahu lebih lanjut apa punca jadi macam ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan yang diberikan, gejala sedemikian dikategorikan sebagai haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, haid wanita berlaku disebabkan oleh penurunan dan peningkatan kadar hormon di dalam badan. Haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh perkara yang normal atau tidak, atas beberapa faktor:
- Masalah keseimbangan hormon
- Gaya hidup yang terlalu aktif
- Tekanan/stres emosi
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!