
Sulit
4 tahun
Menstruasi ketika haid
Saya remaja berusia 17 tahun sedang mengalami proses haid.pada hari pertama haid,saya merasakan seperti renjatan elektrik di bahagian punggung secara tiba-tiba.saya cuba duduk tapi bahagian punggung terasa sakit akibat daripada renjaran itu.Sebelum ini juga sering terjadi tetapi tidak terlalu lama.tetapi kali ini merasakan lebih lama berbanding sebelum ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda mungkin mengalami gejala haid. Sesetengah wanita akan mengalami gejala atau ketidakselesaan ketika sedang haid. Berikut adalah beberapa gejala yang sering dilaporkan ketika seseorang mengalami haid:
- Senggugut
- Sakit perut
- Sakit pinggang dan punggung
- Perubahan mood
- Lemah badan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid sakit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh masalah tulang belakang dan saraf.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.