
lpcrew25x
4 tahun
Menunggang motor sewakru hamil
Bolehkah isteri saya membonceng motorsikal untuk jarak yang jauh (500km) sewaktu beliau hamil 8 minggu? Adakah tindakan tersebut boleh menyebabkan keguguran?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, menunggang motor , lebih-lebih lagi jarak jauh adalah tidak digalakkan kepada ibu mengandung kerana risiko tekanan pada bahagian abdomen yang mungkin terjadi akibat brek mengejut dan sebagainya. Akan tetapi, ia bergantung juga kepada keadaan atau cara menunggang motor itu sendiri.
Untuk makluman anda, keguguran boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah:
- masalah kromosom janin
- masalah kesihatan
- gaya hidup yang tidak sihat
- terdedah kepada persekitaran yang berbahaya ataupun keadaan kurang kondusif
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih