
afiqhaizzat12
5 tahun
Merah merah pada tangan
Saya berumur 20an , terdapat bintik merah pasa pergelangan tangan saya , dan pada zakar ada bintik macam bisul

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bintik merah yang terdapat pada pergelangan tangan dan zakar anda boleh disebabkan:
- Jerawat
- Jangkitan herpes
- Jangkitan Sifilis - sekiranya pernah melakukan hubungan seks
- Cacar air (chicken pox)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.