
Anonymous
6 tahun
Merancang menggunakan pil perancang yasmin
Sy wanita berusia 24 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 4 bulan…soalan sy macam mana ya cara makan pil perancang yasmin untuk mengelakkan daripada hamil lagi…dan kebiasaannya berapa lamakah tempoh menunggu untuk haid dtg selepas habis makan pil? Adakah berisiko untuk hamil juga sekiranya sudah makan pil perancang? Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, dalam 1 strip pil perancang yasmin mempunyai 28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Pil yang pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil yasmin mengelakkan kehamilan.
Setelah berhenti mengambil pil perancang yasmin, biasanya akan mengambil masa beberapa bulan kerana badan kita sedang mempersesuaikan diri dengan perubahan level hormone dalam badan kita.
Untuk makluman puan, risiko untuk mengandung adalah amat rendah sekiranya pil perancang diambil dengan tetap masa dan cara yang betul.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.