
Sulit
3 tahun
Merancang untuk hamil lagi
Hai doktor,saya berumur 31 tahun dan mempunyai anak berusia 3 tahun.saya telah lengkap mendapatkan vaksin sinovac pada 26 april 2021.adakah saya boleh merancang untuk hamil lagi atau bilakah tempoh yang sesuai untuk hamil selepas vaksin

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sedia maklum terhadap hajat anda dan pasangan berkenaan perancangan kehamilan yang seterusnya.
Umumnya data dan informasi berkenaan individu yang telah divaksin serta perancangan kehamilan masih terlalu sedikit. Namun terdapat kajian yang mengesyorkan agar menungu 6 sehingga 8 minggu setelah vaksin terakhir diambil sebelum meneruskan racangan untuk hamil.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan pandangan lanjut tentang perkara ini, kami juga boleh menghubungkan anda dengan pakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Obstetrik.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini