Sulit
4 tahun
Merasa sakit di bahagian dada sebelah kiri walaupun saya hanya masih berumur 17 tahun
Saya perempuan berumur 17 tahun. Saya kadang2 merasa sakit dada di sebelah kiri seperti ade yang mencucuk jantung saya. Keadaan ini membuatkan saya kaku, seperti tidak dapat bernafas buat seketika. Tetapi keadaan ini kerap berlaku baru-baru ini. Saya juga menyedari bahawa setiap kali saya cuba menarik nafas, saya rasa mcm berat dan susah seperti ade yg tersekat.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada bawah sebelah kiri. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Kami nasihatkan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat :
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan untuk mendapat serangan jantung adalah tinggi
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































