Sulit
6 tahun
Merasa sakit *sedikit* di dalam alat sulit saya
Saya brumur 20an, anak saya suda brumur 5 bulan, tetapi saya masih merasa sakit di dalaman ovari sya apa bila saya meneran kencing yang terakhir, kenapa ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Lebih-lebih lagi apabila gejala muncul dan anda aktif secara seksual , adalah amat digalakkan untuk memeriksakan kondisi anda ke doktor agar penyakit tidak memburuk dan menjadi parah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































