
Sulit
4 tahun
Methotrexate dan coffee (psoriasis)
hi, jika saya mengambil mtx (methotrexate) kerana saya mempunyai psoriasis dan mtx itu adalah disarankan oleh pakar kulit saya bolehkan saya mengambil caffein, seperti coffee? apakah akan memberi effect kepada kesan mtx tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, ubat methotrexate akan menjadi lebih kurang efektif jika pengambilan minuman berkafein berlebihan. Oleh itu, anda disaran untuk kurangkan pengambilan kafein sewaktu sedang menggunakan ubat methotrexate.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.